PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai instrumen Dasar Ekonomi Baru (DEB) negara. Sepanjang empat dekad yang lalu, PNB telah berkembang menjadi syarikat pengurusan dana yang terbesar di Malaysia. Mengekalkan fokus kepada mandat kami, kami berusaha memperkayakan kehidupan Bumiputera dan semua rakyat Malaysia demi kemakmuran negara..